Monday, February 8, 2010

Dia Bukan Milikku

Kakak saya agak arif mood saye seminggu ni mood putus cinta. Entah bila orang tu bercinta ngan saya pun ai dont know ok. Jangan tanya..perasan lebey.

Bila encik labu sudah mula bertanya, kenapa awak suke kat dia. Maka saya pun walau tak percaya telah ditanya soalan maut tu kene la jugak jawab kan. Maka saya pun list lah alasan yang saya main tibai jek.

Eh eh citer ni tetiba jek dah mendarat kan, tak berlepas lagi. Ok citernye saya ada admire seorang lelaki yang adalah suami orang hahah..Jangan risau, suami saya aware perkara ini. Setop berangan2 nak guna modal wani suke laki orang untuk ugut saya. See saya isteri yang baik lagi solehah ok..Jujur itu penting..Jangan ko kantoi dengan laki orang cukup..Terus terang takpe huhuhu.

a) Hensem - aku kata mamat tu lagi ensem dari laki aku..padahal mamat tu bukanla ensem sangat pun.. eley encik ***, laki saye lagi ensem ok masa kurus dulu.. Dulu la ..hahaha

b) Sayang kat bini - asal laki orang rajin sms2 romantik gitu aku rasa sangat sayang bini la konon. Padahallllll. Memang la encik labu dah tak kuasa asyik nak melayan bini soalan2 bodo yang kalau tak tanya pun takpe, kalau tak cakap pun takpe. Tapi sebab dah terpengaruh sangat nie, tetap jugak buat point. Padahal setelah kahwin 2 tahun 6bulan ni masih sms hari2 muah2 jugak hari2..Tetap jugakla nak dengki orang lain.

Bila check stat blog ni tetiba jek tengok apa pulak yg dorg tengok archive tahun 2007, maka saya pun bukak..banyak jek entry gedik sweet di situ..

Jadi sebenarnya perasaan hasad dengki tu adalah semata-mata kerana silap sendiri yang dah tak buat entry yang kelakar macam ni [tajuk sangat censored ok, al maklum masa tu macam tak cukup umur tak pikir panjang punye entry] huhuhu .. dan banyak jek lagi entry2 yang saya sendiri baca meluat nak muntah tengok..macam ko sorang ada laki kan !!

c) Laki dia hari2 pun mau - wah bagi point melampau ni, dibalas hebat oleh encik labu, awak ingat kalau dia hari2 **** dia ada masa ke nak tulis kat situ? Orang tak betul jek buat camtu..huhuhu abang, kejam ok tuduh orang tu begini. Konon-konon kalau dah tak sekerap dulu dah tak chenta la, padahal tetiap pagi kasik pusing sana sini rimas kene peluk ngn laki ok. Ai suke kene peluk tapi bukan time tido ..Tolong ! hahaha. tapi encik labu asal takdek orang jek meh sini duk kat ketiak aku ! Jadi puan shazwani kat part mana yang ko kata laki tak sayang ni?

d) Laki dia bini dia luka terus suruh jangan buat kerja - memang alasan bangang gile kene muka sendiri la. Basuh baju dan basuh pinggan memang dah jadi tugas rasmi encik labu saya. Saya pun tak tau apa yang saya sibuk, yang saya tau saya sentiasa sibuk. Tapi encik labu kata ni semua sebab fesbuk. Betul ke? Jadi point ni memang tak leh pakai sebab saya tak buat kerja rumah punnn, except kemas rumah for weekend nak membersihkan pasir kucing tetiap hari.

e) Hilang point lah ! aku pun tak tau apa sebenarnya point aku suke kat lelaki itu. Padahal laki aku lagi bagus. Dan laki korang juge tentu lagi bagus untuk korang kan?? Maka jaga la suami masing-masing.

Semoga selepas entry ini dipublishkan saya akan mendapat kesedaran dan kembali ke pangkal jalan huhuhu.. Paksa-paksa suami berubah sampai encik labu dah janji nak belikan cincin baru.. Nak jugak..tetiba jek rasa sayu kesian suami saya terpaksa melayan bini yang terpengaruh dengan life orang lain.

Terlampau banyak sangat baca blog orang yang kononnya seperti ada life yang sangat perfect ada kesan buruk ek? Tolongla percaya..Huhuhu

Bye bye luv !

Sunday, February 7, 2010

Berehat di Janda Baik


Tak jumpe seorang janda pun di Janda Baik, sebab tak tanya la pulak eh awak janda ke? Yang baik ke yang jahat?? huhuhu..

Salam Isnin. Sabtu lalu baru balik dari bercuti bersama keluarga selama 3hr 2mlm di Sailor's Rest, Janda Baik. Tempat yang sangat cantik..tak payah drive jejauh..sejam jek boley sampai..ai likee..tak yah pikir duit tol ngan minyak sangat okey.

Layan gambar yang sebanyak 5 jek ok. Nak tengok gambo boley le ke album facebook.itu pun kalau anda diundang sebab album telah diprivatekan kerana menjaga aurat seseorang, esok-esok saya tapis lah gambar mana boley letak :p



Sailor's Rest bukanlah sebuah hotel. Ia berkonsepkan homestay. Tempat ni amat lah cantik. amatla sejuk, amatlah mesra alam, tuannya amatlah baik, makanan dia amatlah sedap..apo laie? huhuhu


Sailor's rest terletak di tepi sungai, sungai yang sejuk lagi menyegarkan..best mandi sini sbb batu-batuk kecik rasanya dia dah amik, jadi best la nak terjun-terjun tak yah takut batu . Tapi saya tak terjun..Saya menjaga kesopanan dan kesusilaan di hadapan somi saya.. Percaya? Jangan okey


Ini adalah rumah utama, ada 2 bilik untuk guest tido, tapi jika ahli keluarga lebih dari 4 mereka akan sediakan tilam dan bantal dan selimut tambahan. Rumah ni sangat selesa, walau saya rasa nak buat macam rumah sendiri, tapi bukan rumah saya..huhuhu tak mungkin.. Lawa okey rumah ni. Simple dan selesa untuk guest. Yang penting bau rumah ni lagi harum dari hotel..Ai like lagi di situ



Ini adalah boat house. Cantik !! Terasa macam nak buat konsep yang sama tapi 2-3 tingkat. Hotak kamu?? ada duit ke [Untuk diri sendiri] Memang la takdek..jadi tak perlu berangan sampai mati memang tak mampu nak buat sendiri. Boat house mewah dan cantik !


Saya pun cantik! Tak percaya? Buat-buat percaya je boley?

Bye bye

Saturday, January 30, 2010

Review January Target

Salam, it is time to review my January target which actually i wanted all these items last year but i just keep on saving here and there, termasuk transfer duit dari akaun encik somi yg boros itu secara senyap2 yep. Alhamdulillah juga rezeki tahun ni murah bila encik somi dah tukar department hari tu, dua-dua dapat bonus sikit.

My wish list hari tu ada kat entry yang ini
So lets review it back.

1. Hal pembelian rumah. Finally, on 14th January haritu, bank dah keluarkan final cek to previous owner. So, perkara yg paling burden la, sewa + housing loan dah settle, so skrg bayar bank jek dah tak payah bayar sewa lagi. Yang paling bagusnya owner tu tak mo kira interest. Bila dia cakap waive je interest tu saya punya lega tak terkata. The house is officially ours now.




2. To get a pink netbook/notebook - ok i finally bought a notebook, its kinda weird la guna netbook tu macam kecik melampau. Sebab beli notebook semata2 tak dapat nak membayangkan saya main game dengan screen sekecil itu..hohohoh. So here it is, my pink Dell. I wanted a toshiba actually but its over my budget. 3k ++ woo toshiba..sedey.. I saw that Diana just bought one..oh jeles nye saye.


3. Ganti handphone - tak dapat nak ganti dua-dua, jadi ganti satu sahaja. Also pink lah tak spesel pun handphone ni. Bought because its pink ok. Padahal dah setting dalam kepala tak mo handphone slide lagi. Tapi nak buat gi mana jatuh cinta dengan ke-pink-an dia. huhuhu.. And i oso get myself a pink kamera. Personally, i love my camera hp daripada kamera tu. i dont know. Cuma taulah handphone kan tak berapa nak wide gambar.



4. Kerja - ok kerja-kerja yang sangat melambak hari tu dah settle a few days after i wrote that entry. Bekerja bersungguh-sungguh benor nak ngabiskan . Tapi sekarang pun banyak kerja. I feel burden with all that OHSAS documentation thingy. Saya tidak dibayar extra to do that job, that's why i feel burden. tapi kerja, whether u like it or not u just have to do it..mencikkk..tolonglah.

5. Cuti - cuti yang berehat bukan pergi bercuti jalan-jalan abiskan duit tu. I have a good rest masa tahun baru tu.. Mmg sakan tido mengabiskan masa kat rumah. Jadi masuk kerja tahun baru tu feeling refresh dan bersemangat.. and ok, it doesnt last that long hahaha..sekarang dah lemau balik. Kekekekeke

6. Family gathering - glad that i finally able to arrange for family gathering next week. Sebab masuknye bulan march sampai pertengahan tahun or mungkin sampai ke hujung tahun adalah sangat sibuk. This time around mmg lain dari yang biasa kitaorg plan. Kitaorg menginap di homestay kat Sailor's Rest. Me n hubby just can't wait for the day to come

**photo taken from Sailor's Rest website gallery.

So itu sahaja. Glad that semuanya dapat dicapai & direalisasikan. Just lucky this time. Kadang-kadang kita kena pasrah sebab biasanya tak semua yang dirancang menjadi.

Bye for now love !


Tuesday, January 26, 2010

Oh Life, yesterday its good, today is a disaster

Hello

My not so good day makes me remind that i have a blog to write about it :-p

Hmm, sekejap jek dah nak masuk februari pulak. [ Gaji belum dapat nih ]

Ok, first few months ni we plan many things so i can have time to spent with my families and mr hubby. Aku rasa bulan 3 nanti keluarla memo cuti dibekukan, setiap sabtu kerja and bla bla bla .. totally masa tu suami akan surely merajuk sampai sakit macam dua tahun lepas

************** lari tajuk situ *****************

My GOoD MondaY

Ok semenjak-menjak musim hujan ni ai dah lupe caner naik moto :P hahaha gile lupe daratan..pegi & balik kerja naik kereta saja. Sampai la semalam rasa malas naik kereta, naik la moto, it was sweet though, berkongsi kesejukan pagi by holding hands. Saye sayang suami saya **Poyo sangat di situ** Sampai office senyum jek sorang-sorang..Lantak ar orang nak kata gile pun..ada ai kisah?? Tidakkk..hahaha

Dan dengan izin Allah s.w.t. perkara-perkara baik terus jek berlaku, planning nak berehat bersama keluarga di [rahsia dulu] menjadi, dari penang, dari bangi, dari klang, dari puchong :P akan berkumpul, setelah penat mendail no tuan rumah yang bakal diduduki itu, petang baru dapat setelah penat ai menggoogle no tepon lain. Alhamdulillah

Kemudian, Lawyer rumah saya call, ye proses pembelian rumah saya telah berlarutan selama lebih kurang 9 bulan..sangat lamaa. Jadi dia mengingatkan saya untuk menyediakan duit untuk bayar interest . Seingat saya interest adalah 8% :-( saya sudah dup dap dup dap..mati laaa

10 minit lepas tu, BEKAS tuan rumah itu telah menelepon saya dan berbincang katanya, takpela wani, abg zul rasa tak payah kira lah interest tu. Kita waive aje. Lagipun kan wani dulu sewa rumah tu. Oh tenkiu tenkiu tenkiu.. Sekarang rumah itu hak mutlak saya

dan suami ...huhuhu..

Hajat nak makan double prosperity tercapai .. pujuk suami bagi saya pergi Raja Bagus family gathering sabtu ni pun berjalan tanpa sebarang pujuk rayu, tarik muka, sogokan dan kaedah-kaedah pujuk yang lain..Oh senang sangat.

Tapi hidup mana boleh tak ada masalah.

My Tuesday started Not Good,

Pukul 2 pagi tersedar dan sakit perut.. hampehh mesti nak kene diarrhea ni, sakit perut lain macam jek..

Yes maka tak lena tido sampai ke pagi sampai sekarang..mencikkk.. Pasti sepanjang hari la ni.. Moga cempat sembuh [untuk diri sendiri]

Kesian pada encik suami juga sebab terlebih minum kopi maka terkebil-kebil jek la dia tak boleh tido

Lepas tu pulak, dia lupa kunci jam ( ke saya yg lupe sbb hari2 saya yg set alarm) .. Mana boleh dia yang lupe nak ingatkan saya..dia la lupe kekeke..

Maka bangun lambat nak rebut air panas, dengan sakit perut.. terlambattt

Lepas tu dah lambat nak naik kereta laa, boleh bawak lelaju cam michael schumacher ke kan, pastu start punye start punye start ... TAKLEH START PULAKKKK..

hah tak yah la nak verangann nak bukak sana sini tengok apa yang tak kene, terus sambar beg, amik helmet jek.. ai tak kisah lambat, encik somi la karang kannn..heheh

So baru kul 8.00 pagi dah macam-macam yang jadi, kita tunggu sampai abis hari ni, moga esok hari yang indah menjelma balik la yep :-)


Tuesday, January 5, 2010

5 Yang Disukai

Salam tahun baru semua

Hehehe esok bersamaan dengan 6hb Januari baru le saya start keje, maklumla hantar anak masuk darjah 1 .. hahaha cuti melampau mengalahkan ada anak masuk sekolah eh

Saja abiskan cuti, tapi encik somi suke betul saye ada rumah. Walaupun saya tak masak, walaupun saya tido bangun ngadap lappy 30min, tengok csi tengok the nanny tido lagi kejut dia mengadu lapar huhuhu..indahnya duduk rumah.
Apahal dengan gambar-gambar ni? Ni la saja la bagitau korang apa serba sedikit benda yang aku agak suke :D

1st of all i'm a huge fan of this Justea specifically yang kotak hijau ni lah. Yang lain-lain kurang gemar la pulak . Lagi-lagi kalau cuaca panas, air-air gas ke ape tak dapat hilangkan kehausan saya melainkan air ni :p boleh mogok lapar kalau encik somi curi air ni.




Secondly that maybe korang tak perasan, i'm a die hard fan of pink lol.. ok tak semuanya sebab since dah graduate few years ago, aku dah pakai kaler lain. [ Yelah kene bebel ngn my bff ko ni takdek kaler lain ke nak pakai ] wardrobe pun dah cube tambah-tambah kaler sikit. kalau tak blouse mesti hanya dua kaler, pink and brown. sekarang dah ada purple, merah, putih, er pink, coklat, pepel merah, putih..hohoho ok tapi yang pasti saya tak suke baju warna hijau. tak kene sangat dengan i ok. Sekarang?? gadget sume nak warna pink, sanggup menggadaikan ciri-ciri gadget yang saya nak hanya kerana warna dia pink. Sekarang tengah bercita-cita sambil berangan nak satu toy warna pink yang saya baru nampak pagi tadi :D




Ke-empat? Saya suke kinder bueno. Suke sangat. Buat pengetahuan umum saya bukan penggemar coklat, saya muak, kalau korang ada coklat lain sebakul tak offer pun den tak kocik ati punyo sebab memang den tak gomar. Tapi kinder bueno ni lain sikit lah. Saya boleh makan dengan banyak dan tamak halobanya tanpa offer orang lain :P gambar telah diciplak dari encik google search yep.


Ke limo yang sangat tak ada kene mengena tetiba jek lepas bela kucing barula saya minat tengok kucing, barula tersayat hati tengok kucing, dulu2 kalau tengah makan ada kucing datang, terjerit-jerit suruh encik somi saya letak tempat lain. Ini kerana encik maine coon saye amatlah manja gilo. Sayang melampau ni.



Kucing baru saye, nama tak tukar lagi still panggil dia si comot. Memang comot sikit ni, makan pun suke sepah-sepah.



Ha tu jelah citer kali ni ye senah. Azam tahun 2010 nak menggandakan kemalasan apdet blog boleh?? hahaha.. ai xdek makna nak azam-azam ni.. Gamble je hidup :D

Sekian, i lap u. oh tak lupe.. Selamat Hari Jadi ke 2tahun buat anak buah terchenta ahmad fahim :D er dan Happy 3rd Anniversary kepada abang dan kakak ipar saya